Siri Ulasan: Drama (Lost: No Longer Human)
![]() |
| (Lost: No Longer Human) |
Drama terbitan JTBC yang dibintangi Jeon Do-yeon dan Ryu Jun-yeol ini merupakan sebuah drama yang tidak mempertaruhkan paras rupa dan populariti pelakonnya sebagai daya tarikan. Sebaliknya, drama ini menjadikan penceritaan dan plot cerita yang menarik dan berkualiti sebagai taruhan utama. Drama ini memancarkan kisah realiti kehidupan manusia-manusia (dua watak utama drama ini) yang sedang mencari hakikat diri sendiri dan tujuan kehidupan mereka.
Ketidakpastian akan tujuan hidup meraka ini telah membentuk manusia-manusia yang merasakan hidup mereka tidak membawa apa-apa nilai dan hanyalah satu bebanan kepada masyarakat sekeliling mereka. Ini adalah perkara yang sering menghantui pemikiran generasi anak muda hari ini.
Plot drama ini sebenarnya agak perlahan. Jadi drama ini mungkin akan dianggap bosan bagi sesetengah orang. Namun bagi penggemar genre slice of life, pastinya drama ini tidak akan mengecewakan. Dari segi lakonan pula, kedua-dua pelakon utama memainkan watak masing-masing dengan sangat berkesan. Chemistry dan keserasian mereka berdua sangat baik dan terlihat sungguh natural.
Musik yang digunakan sebagai music score untuk drama ini juga sangatlah berkesan dan sesuai dengan situasi atau babak-babak yang dimainkan. Desain musiknya yang melankolik berupaya untuk memberi pelbagai perasaan dan emosi kepada penonton. Sepanjang drama ini, lagu yang paling banyak dimainkan ialah Hallelujah oleh Jeff Buckley. Lagu ini juga merupakan salah satu elemen penting yang menghidupkan drama ini.
Akhir kata, hiduplah dengan sebaiknya dan jadikanlah kehidupan ini sebagai wadah untuk menjadikan diri kita sebagai orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang baik.
Oleh: Najmi Selamat

Ulasan
Catat Ulasan